PAUiTM bangga pelantikan Richard - Utusan Malaysia

PAUiTM bangga pelantikan Richard

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Persatuan Alumni Universiti Teknologi Mara (PAUiTM) menyambut baik dan melahirkan rasa bangga atas pelantikan Tan Sri Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara, yang merupakan seorang alumni Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Presiden PAUiTM, Datuk Mohd. Zaini Hassan berkata, pelantikan itu dilihat melonjakkan lagi nama, prestasi serta kewibawaan produk daripada institusi pengajian tinggi bumiputera tersebut.

Jelasnya, Richard yang mengikuti Program Luaran Sarjana Muda Undang-Undang (London) di Institut Teknologi MARA (ITM) pada tahun 1972 hingga 1975 diharap dapat menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

“Kami berharap rakyat dapat menyokong pelantikan anak Sabah itu dan memberi peluang kepada beliau menjalankan tugasnya demi negara tercinta ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Richard mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu berkuat kuasa 11 Julai lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN