Pasukan Quds beri amaran keras - Utusan Malaysia

Pasukan Quds beri amaran keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIRUT 26 Julai – Ketua Pasukan Quds, Qassem Soleimani memberi amaran keras kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengenai ‘situasi perang’ melibatkan kedua-dua negara.

Beliau mengancam ‘akan menghancurkan semua yang dimiliki’ oleh negara itu, lapor stesen televisyen Al Alam TV.

“Kamu (AS) tahu bahawa peperangan ini akan memusnahkan semua yang kamu miliki. Kamu akan memulakan perang ini tetapi kami (Iran) akan menjadi orang yang memusnahkannya. Jadi kamu perlu berhati-hati ‘menghina’ rakyat Iran dan ketua negara.

“Kamu tahu kuasa kami di rantau ini dan kemampuan kami dalam perang,” katanya.

Baru-baru ini, pentadbiran Trump mengeluarkan kenyataan tegas terhadap Iran bertujuan mencetuskan pergolakan selain memberi tekanan kepada negara itu agar menamatkan program nuklear dan sokongan terhadap kumpulan militan.

Walaupun retorik kedua-dua pihak semakin memuncak, masing-masing mempunyai alasan untuk tidak memulakan konflik.

Kenyataan Trump dikeluarkan sebagai membalas kenyataan Presiden Iran, Hassan Rouhani yang menyatakan bahawa dasar permusuhan terhadap Teheran akan membawa kepada tercetusnya ‘ibu segala perang’. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN