Pasangan suami isteri maut dilanggar lari - Utusan Malaysia

Pasangan suami isteri maut dilanggar lari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Julai – Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dari arah belakang oleh kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat Jalan Kepong dan Jalan Jinjang Permai, dekat sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6.50 pagi itu, mangsa, Quah Yew Tiong dan Wong Lili Han Jun Shan masing- masing berusia 38, yang menaiki motosikal Yamaha Lagenda maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, selepas melanggar mangsa, pemandu pacuan empat roda itu melarikan diri dengan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian.

“Polis yang berusaha mengesan pemandu kenderaan tersebut berdasarkan alamat diperolehi mendapati kediaman itu tidak berpenghuni.

“Buat masa ini pihak polis sedang mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.

Tambah Zulkefly, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN