Pas minta polis siasat Ramasamy - Utusan Malaysia

Pas minta polis siasat Ramasamy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Julai – Pas meminta polis untuk segera menyiasat Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy yang didakwa terbabit dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, penafian daripada Ramasamy sahaja tidak mencukupi tetapi memerlukan juga siasatan daripada polis kerana dakwaan terhadapnya itu merupakan sesuatu yang serius.

“Bukan hanya Pas, tetapi sebanyak 700 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak hal yang sama dan mereka telah membuat laporan kepada pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam.

“Ini membuktikan ia satu dakwaan yang serius dan rakyat tidak ada kompromi dengan mana-mana pihak yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas. Pas tidak menuduh sebaliknya mahukan satu siasatan polis dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Ramasamy baru-baru ini menafikan beliau terlibat dengan kumpulan LTTE selepas gambarnya mengambil bahagian dalam pertemuan melibatkan Jawatankuasa Hal Ehwal Perlembagaan LTTE tular dalam media sosial. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN