MELAKA 6 Julai – Pas Melaka membantah keputusan kerajaan negeri mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai salah satu syarat pelantikan jawatan kakitangan awam di negeri ini. Pesuruhjaya Pas negeri, Kamaruddin Sedik berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Ketua Menteri, Adly Zahari baru-baru ini yang mengiktiraf sijil tersebut sedangkan beliau (Adly) tidak memaklumkan keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan atau desakan daripada pihak mana. “Saya terkejut dengan sikap ketua menteri (Adly). Saya…










