Pas dan UMNO perlu berubah - Utusan Malaysia

Pas dan UMNO perlu berubah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Julai – UMNO dan Pas perlu mengubah `jenama’ parti mereka kepada satu parti yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran berlandaskan negara majmuk agar dapat menarik sokongan semua rakyat Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, langkah itu perlu dilaksanakan tanpa nada dan tuntutan keagamaan atau perkauman yang melampau yang akan menyebabkan sebilangan besar rakyat termasuk orang Melayu sendiri menolak parti berkenaan kerana retorik politik yang sudah basi.

“Rakyat Malaysia semakin arif dan matang dalam hal ehwal siasah dan agama. Jadi, sudah tiba masanya UMNO mahupun Pas merendahkan nada dan retorik perkauman dan keagamaan mereka.

“Yang lebih pentingnya adalah UMNO dan Pas mestilah berupaya mengubah jenama mereka kepada satu parti yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran berlandaskan satu negara majmuk supaya dapat menarik sokongan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN