Parlimen: Usul mansuh GST dibentang minggu depan - Utusan Malaysia

Parlimen: Usul mansuh GST dibentang minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membentangkan usul bagi memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) minggu depan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

Beliau berkata, rang undang-undang pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan menggantikan GST juga dijangka dibentang minggu depan.

“(Usul untuk memansuh GST) Rasa saya minggu depan, mungkin pada Isnin,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Ditanya sama ada rang undang-undang SST akan dibentang pada hari sama, Vui Keong berkata: “Saya tak fikir begitu. Rasa saya, pemansuhan akan dilakukan terlebih dahulu,” katanya.

Kerajaan akan memperkenalkan semula SST pada 1 September bagi menggantikan GST yang ditetapkan pada kadar sifar mulai 1 Jun tahun ini.

Mengenai Akta Berita Tidak Benar, Vui Keong berkata, syor yang terdapat sekarang ialah pemansuhan sepenuhnya akta itu, bukan membuat pindaan terhadap undang-undang.

“Ia akan dilaksanakan dan seperti kata saya sebelum ini, saya sudah sediakan memorandum berkenaan dan akan mengemukakan kepada Kabinet untuk mendapatkan kelulusan,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN