Parlimen: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik - Utusan Malaysia

Parlimen: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat dilantik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Rashid Hasnon dan Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dipilih hari ini sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat di sini.

Berdasarkan undi bersurat, Rashid daripada Parti Keadilan Rakyat memperoleh 171 undi manakala Kor Ming yang mewakili DAP mendapat 124 undi Ahli Parlimen.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof memgumumkan keputusan itu selepas 15 minit proses pengundian.

Sebelum itu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan Mohd. Rashid dan Kor Ming sebagai calon Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mencadangkan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Kiandee yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat hanya memperoleh 93 undi.

Selain Kiandee, jawatan itu turut disandang oleh Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Said daripada UMNO pada Sidang Dewan Rakyat yang lalu sebelum Barisan Nasional kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN