Parlimen: Pembangkang keluar dewan hanya sandiwara - Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Parlimen: Pembangkang keluar dewan hanya sandiwara – Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir  Mohamad menyifatkan tindakan Ahli Parlimen pembangkang keluar meninggalkan sidang Dewan Rakyat hari ini sebagai satu mainan sandiwara.  

“Itu sandiwara, berlakon. Buat pertama kali bekas Perdana Menteri melakukan tindakan keluar meninggalkan Dewan Rakyat, jadi sekarang beliau tahu apa ertinya bila orang melakukan tindakan keluar (dewan) sebelum ini,” kata beliau merujuk kepada Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyertai tindakan keluar dewan itu. 

Mahathir ditanya pemberita mengenai insiden itu di lobi Parlimen di sini selepas MP mengangkat sumpah.  

Semua, kecuali tiga Ahli Parlimen dari Barisan Nasional dan Pas melakukan tindakan keluar meninggalkan sidang dewan ketika Dr. Mahathir membentangkan cadangan untuk mencalonkan hakim bersara Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Arif Md. Yusof sebagai Speaker. 

Tiga yang tidak menyertai tindakan keluar ialah Khairy Jamaluddin (BN-Rembau), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis) dan Datuk Rozman Isli (BN-Labuan). – Bernama
 
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN