Parlimen: Najib hadir pertama kali sebagai pembangkang - Utusan Malaysia

Parlimen: Najib hadir pertama kali sebagai pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini hadir ke Parlimen buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen pembangkang susulan kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 awal Mei lalu.

Ahli Parlimen Pekan itu tiba di lobi bangunan Parlimen kira-kira pukul 9.30 pagi tadi dengan menaiki kenderaan Proton Perdana yang diiringi oleh seorang polis pengiring bermotosikal.

Najib yang hadir seorang diri itu sempat melemparkan senyuman kepada media sebelum disambut oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dan Ahli Parlimen Tapah, Datuk M. Saravanan.

Ahli Parlimen Pekan itu ditempatkan di baris belakang blok pembangkang sebelah kiri Dewan Rakyat.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, di sini atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu penyalahgunaan kuasa membabitkan SRC International Sdn. Bhd berjumlah RM42 juta. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN