Parlimen: Ketua Pembangkang dakwa lantikan Speaker Dewan tidak ikut syarat - Utusan Malaysia

Parlimen: Ketua Pembangkang dakwa lantikan Speaker Dewan tidak ikut syarat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama beberapa ahli Barisan Nasional serta Pas bertindak keluar dari Dewan Rakyat pagi ini sebagai tanda bantahan dan menolak proses pelantikan Datuk Mohamad Ariff Yusof sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Ahmad Zahid, yang juga ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan dengan terus mencadangkan nama bekas hakim Mahkamah Rayuan itu sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat adalah tidak mengikut prosedur ditetapkan.

Beliau berkata, pihak pembangkang mempunyai bukti yang mencukupi bahawa notis pencalonan Yang Dipertua kesembilan ini tidak memenuhi tempoh 14 hari seperti yang ditetapkan.

“Biarpun Setiausaha Dewan Rakyat (Datuk Roosme Hamzah) memaklumkan bahawa Ketua Majlis iaitu Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir Mohamad) telah menghantar surat kepada Setiausaha Dewan Rakyat pada 2 Julai.

“Tetapi kami mempunyai bukti yang cukup bahawa tempoh 14 hari sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat tidak diikuti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, di hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN