Parlimen: Kerajaan akan naik taraf elektrik di Sabah - Utusan Malaysia

Parlimen: Kerajaan akan naik taraf elektrik di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menaik taraf talian elektrik di Sabah untuk meningkatkan keupayaan penyaluran bekalan elektrik dari pantai barat ke pantai timur, kata Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin.

Bagi tujuan itu beliau berkata, enam projek pengukuhan dan penaiktarafan grid dikenal pasti sebagai projek kritikal untuk memastikan keupayaan penyaluran antara 200 hingga 400 MegaWatt (MW) boleh dicapai. 

“Enam projek itu ialah naik taraf talian 132 KiloVolt (kV) ke 275kV (Segaluid-Damrod); talian penghantaran baru 132kV (Segaluid-Seguntor); talian penghantaran baharu 132kv (Sandakan-Elopura-Seguntor); pencawang masuk utama (PMU) (amp) PPU Bukit Nanas baru dan talian penghantaran baharu 132kV (TShun Nyen-Sandakan-Seguntor); PMU baharu dan talian penghantaran baharu 132kv Apas dan naik taraf talian pengagihan Sandakan, Lahad Datu dan Tawau. 

“Jumlah perbelanjaan projek ini berjumlah RM840 juta dan tarikh siap semua projek dijangka akhir tahun 2021 ataupun awal tahun 2022,” katanya semasa menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu)  mengenai rancangan Kerajaan Persekutuan untuk mengurangkan perangkaan ‘System Average Interruption Index’ (SAIDI) di Sabah, dalam sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. 

SAIDI ialah indeks yang digunakan untuk mengukur tempoh gangguan bekalan elektrik kepada pengguna dalam tempoh setahun. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×