Parlimen: Kementerian Pendidikan bantu selesai isu kurang peruntukan prasekolah SJKT - Utusan Malaysia

Parlimen: Kementerian Pendidikan bantu selesai isu kurang peruntukan prasekolah SJKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) akan membantu menyelesaikan isu pengurangan peruntukan pengurusan bagi kira-kira 200 buah prasekolah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) seluruh negara yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

Menterinya, Maszlee Malik berkata, walaupun ia bukan berada di bawah kendalian kementeriannya, namun usaha menyelesaikan perkara itu akan dibuat bagi memastikan kesemua prasekolah itu terus beroperasi di negara ini.

“Hak menurunkan peruntukan pengurusan bukan atas KPM kerana ia diletakkan di bawah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

“Namun KPM akan campur tangan dalam urusan itu,” katanya pada sesi soal jawab Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Sivakumar Varatharaju Naidu (PH-Batu Gajah) mengenai pendirian kerajaan  berhubung isu penurunan peruntukan pengurusan prasekolah SJKT yang pernah dibantu Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India (SEDIC). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN