Parlimen: Guan Eng akui GST lebih telus - Utusan Malaysia

Parlimen: Guan Eng akui GST lebih telus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengakui Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) diakui sebagai sistem percukaian yang lebih telus.

Ahli Parlimen Bagan itu bagaimanapun memberitahu, pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September depan dijangka tidak begitu membebankan pengguna berbanding GST.

“Kita tak dapat nafikan kalau sebut mana lebih telus tentu GST lebih telus, ia boleh kutip lebih banyak cukai dengan meluas dan mempunyai kesan ke atas rakyat.

“SST, walaupuan tidak setelus dan se-efisen GST, tetapi kesannya kurang ke atas rakyat. Kita beri tumpuan untuk kurangkan cukai yang kena ke atas mereka,” katanya.

Guan Eng berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan yang meminta Menteri Kewangan menjelaskan cukai mana lebih telus antara SST dan GST. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN