Parlimen: Dua manifesto PH mula dilaksana, enam sedang ditunaikan - Utusan Malaysia

Parlimen: Dua manifesto PH mula dilaksana, enam sedang ditunaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Dua daripada 10 janji Manifesto 100 Hari Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sudah mula dilaksanakan manakala enam daripadanya sedang ditunaikan kerajaan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, dalam tempoh 70 hari PH bergelar kerajaan, pihaknya komited menunaikan kesemua 10 janji tersebut atas dasar tanggungjawab kepada rakyat.

Bagaimanapun, dua janji lagi yang dilafazkan dalam manifesto berkenaan belum dimulakan langkah pelaksanaannya ketika ini.

“Harus diingat, tuntutan PH bukan sahaja melibatkan 10 janji itu sahaja sebaliknya dalam masa 100 hari banyak kerja lain yang perlu dilaksanakan oleh kerajaan.

“Antara diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda kerajaan terdahulu selain tindakan undang-undang terhadap jenayah dikesan,” katanya pada sesi soal jawab pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Fong Kui Lun (DAP- Bukit Bintang) yang mahu kerajaan menyatakan janji-janji manifesto PH yang telah dilaksanakan setelah memenangi PRU-14 pada 9 Mei lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN