Parlimen: 220 Ahli Parlimen angkat sumpah - Utusan Malaysia

Parlimen: 220 Ahli Parlimen angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seramai 220 daripada keseluruhan 222 orang anggota Dewan Rakyat mengangkat sumpah pada Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen ke-14 yang memulakan persidangannya hari ini.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh tidak hadir untuk istiadat hari ini kerana bercuti sakit selepas menjalani pembedahan membuang ketumbuhan baru-baru ini.

Seorang lagi Ahli Parlimen Hafez Musa (BN-Sipitang) juga tidak hadir.

Acara yang berlangsung di Dewan Rakyat itu diketuai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang juga Ahli Parlimen Langkawi turut mencatatkan sejarah apabila menyaksikan negarawan itu kembali ke Dewan Rakyat untuk kali kedua selepas 15 tahun bersara. 

Seterusnya, ia diikuti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail selaku anggota Parlimen Pandan, barisan Jemaah Menteri, Timbalan Menteri, Ahli Parlimen kerajaan, Ahli Parlimen pembangkang, Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak serta Ahli Parlimen Bebas. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN