DI sekitar kawasan Heroshah, bukit-bukit yang sebelum ini gersang sudah mula ditutupi dengan hutan yang luas. Perubahan itu berlaku selepas beratus-ratus juta pohon hijau ditanam di barat laut Pakistan bagi mengatasi masalah penebangan hutan. Sepanjang tahun 2015 dan 2016, kira-kira 16,000 buruh ditugaskan untuk menanam lebih daripada 900,000 pokok eucalyptus di sekitar kawasan Heroshah. “Sebelum ini, tanah di sini dibakar sepenuhnya. Sekarang mereka mempunyai ‘emas hijau,” kata pengurus hutan, Pervaiz Manan sambil menunjukkan gambar perbezaan di kawasan tersebut. Menurut Manan, pokok-pokok baharu itu dapat membantu mengembalikan keindahan, mengawal hakisan, mengurangkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya