Israel lulus pelan ‘kuburkan’ idea iktiraf negara Palestin

Israel lulus pelan ‘kuburkan’ idea iktiraf negara Palestin

PROJEK E1 dibekukan selama beberapa dekad akibat bantahan masyarakat antarabangsa, yang bimbang pembangunan baharu itu akan menghalang kewujudan negara Palestin. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Menteri Kewangan sayap kanan Israel, Bezalel Smotrich, mengumumkan rancangan untuk meluluskan tender bagi pembinaan lebih 3,000 unit perumahan dalam projek penempatan haram E1, yang terletak antara Baitulmuqaddis dan Ma’ale Adumim di Tebing Barat.

Smotrich berkata, langkah itu sekali gus ‘menguburkan idea negara Palestin’, selain menekankan ia sebahagian daripada pelan kedaulatan de facto yang sedang dilaksanakan kerajaan Israel.

Projek E1 dibekukan selama beberapa dekad akibat bantahan masyarakat antarabangsa, yang bimbang pembangunan baharu itu akan menghalang kewujudan negara Palestin.

“Kelulusan pelan pembinaan di E1 menguburkan idea negara Palestin dan meneruskan banyak langkah yang kita mulakan sejak penubuhan kerajaan.

“Selepas berdekad tekanan antarabangsa dan pembekuan projek, kita melanggar konvensyen dan menghubungkan Ma’ale Adumim dengan Baitulmuqaddis.

“Ini adalah Zionisme yang terbaik, membina, menyelesaikan dan mengukuhkan kedaulatan di Tanah Israel,” kata Smotrich dalam kenyataan rasmi.

Potensi pembinaan kawasan kejiranan baharu untuk penempatan haram Ma’ale Adumim di zon E1, sekian lama menimbulkan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Projek itu berpotensi membahagikan Tebing Barat kepada wilayah utara dan selatan serta menghalang pembangunan metropolis Palestin yang menghubungkan Baitulmuqaddis Timur ke Baitulaham dan Ramallah, sebagai asas negara masa depan rakyat Palestin.

Bagaimanapun, menurut badan pemerhati penempatan Peace Now, rancangan yang diluluskan bukan untuk pelan E1 yang asal, sebaliknya kawasan penempatan haram baharu Ma’ale Adumim.

“3,300 unit perumahan di Ma’ale Adumim mewakili peningkatan kira-kira 33 peratus dalam stok perumahan di penempatan itu, perluasan besar bagi penempatan yang populasinya kekal sekitar 38,000 dalam dekad lalu dan mengalami pengurangan penduduk,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN