Pakar psikiatri sahkan Haqiem Rusli kemurungan - Utusan Malaysia

Pakar psikiatri sahkan Haqiem Rusli kemurungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Penyanyi Haqiem Rusli, 20, yang mula menjalani rawatan psikiatri di sebuah pusat psikologi swasta disahkan sedang menghidapi penyakit kemurungan atau dalam istilah perubatannya moderate depression.


Menurut pegawai perhubungan awam FMC Music, Sam Samin, atas persetujuan bersama antara syarikat rakaman dan ahli keluarga Haqiem, penyanyi lagu Tergantung Sepi itu dibawa ke pusat rawatan tersebut untuk berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mendepani masalah tekanan dihadapinya.


“Selepas beberapa sesi dijalankan, pakar tersebut, S.S. Yong menjelaskan Haqiem sememangnya mengalami masalah kemurungan yang dikategorikan sebagai moderate depression.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan, masalah depresi dibahagikan kepada tiga kategori iaitu mild (ringan), moderate (sederhana) dan severe (kronik).


“Antara punca berlakunya kemurungan sederhana atau pertengahan ini adalah disebabkan kurang keyakinan diri, terlalu sensitif dan kerisauan melampau,” jelas Sam kepada Utusan Online.


Tambah Sam, proses rawatan tersebut berjalan dengan lancar dan Haqiem sendiri memberikan komitmen sepenuhnya untuk menangani masalah dihadapinya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN