Pakai kasut hitam bermula 2019 - Utusan Malaysia

Pakai kasut hitam bermula 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Lebih lima juta pelajar sekolah di seluruh negara akan memakai kasut hitam bermula tahun depan apabila Kementerian Pendidikan menggantikan penggunaan kasut putih di semua sekolah menengah dan rendah.

 

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik (gambar kecil) berkata, pelaksanaan tersebut dilakukan selepas pihaknya mendapat maklum balas dan keluhan daripada ibu bapa yang sering mengadu mengenai tahap kebersihan kasut putih yang dipakai anak mereka.

Katanya, langkah itu juga dapat membantu menceriakan para pelajar terutama dalam menjalankan aktiviti luar bilik darjah sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

“Bermula tahun depan, semua pelajar (sekolah rendah dan menengah) seluruh negara akan memakai kasut hitam dan bukannya kasut putih lagi.

“Situasi ini pastinya menggembirakan kala­ngan ibu bapa secara keseluruhan,” katanya pada program Bicara Minda bersama Menteri Pendidikan anjuran Sinar Harian di Kompleks Karangkraf di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN