Padah makan ketam hidup-hidup - Utusan Malaysia

Padah makan ketam hidup-hidup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING – Seorang penulis blog yang menikmati hidangan ketam masih hidup menerima padah apabila digigit haiwan itu ketika dia melakukan penstriman video secara langsung di internet.

Wanita yang tidak didedahkan identitinya dirakam terpaksa menahan kesakitan sebaik bibirnya disepit ketam berkenaan ketika dia menggigit badan haiwan tersebut.

Dia kemudian berjaya melepaskan penyepit itu dengan menggunakan penyepit makanan dan dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bagaimanapun, tidak jelas jenis makanan yang dinikmati itu tetapi beberapa pengguna internet memberitahu itu ialah hidangan ‘drunken crab’ iaitu ketam air tawar hidup direndam di dalam alkohol bagi membuatkannya mabuk sebelum mati.

Memuatkan artikel berkaitan…

Video lucu berkenaan dimuat naik ke laman perkongsian video popular, Xigua pada November tahun lalu dan dikongsi semula serta menjadi viral baru-baru ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN