Padah lakukan aksi terjunan ke dalam kuari - Utusan Malaysia

Padah lakukan aksi terjunan ke dalam kuari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VERMONT, Kanada – Tindakan seorang lelaki yang terjun ke dalam sebuah kuari dari ketinggian 34 meter membawa padah apabila dia cedera teruk pada bahagian kaki kanan.

Satu klip video yang dimuat naik ke internet menunjukkan Ryan Szymansk, 22, pada mulanya mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir menyaksikan aksi berbahaya di tebing sebuah kuari yang dikenali sebagai The Grotto.

Bagaimanapun, Szymansk kemudiannya terpaksa dikejarkan ke hospital sebaik sahaja dia selesai melakukan lompatan ke dalam kuari berlumpur itu akibat kecederaan kaki dan ligamen terkoyak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kaki kanannya dipercayai terkena batu tebing ketika melakukan terjunan.

“Saya tidak sangka aksi ini bertukar menjadi mimpi ngeri. Saya juga tidak mahu menyalahkan sesiapa kerana ini adalah satu perbuatan bodoh diri sendiri.

“Saya kerap kali melakukan lompatan dan gimnastik gaya bebas tetapi kejadian ini mengundang padah di mana bahu (saya) juga cedera,” katanya.
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×