Pacquiao beri kejutan hari jadi kepada Tun Mahathir - Utusan Malaysia

Pacquiao beri kejutan hari jadi kepada Tun Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAGUH tinju dunia dari Filipina, Manny Pacquiao yang kini berada di Malaysia semalam memberikan kejutan dan hadiah kepada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersempena hari lahir ke-93.

MAHATHIR (kiri) bersalaman dengan Pacquiao ketika menerima kunjungan hormat senator Filipina itu di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya semalam.

Pacquiao yang juga seorang se– nator dan nama sebenarnya Emmanuel Pacquiao tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana di Presint 8, Putrajaya untuk melakukan kunjungan hormat ke atas perdana menteri dengan membawa sekotak kek hari jadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jaguh tinju itu yang kelihatan begitu gembira ketika bersalaman dengan perdana menteri menghulurkan kotak kek berkenaan sambil mengucapkan Happy Birthday kepada Mahathir.

Mahathir menyambut ulang tahun hari lahirnya pada Selasa.

Kemudiannya ketika Mahathir keluar dari bilik tempat beliau mengadakan pertemuan dengan jaguh tinju itu selama setengah jam, sambil tersenyum beliau menunjukkan sarung tangan tinju berwarna kuning dihadiahkan Pacquiao yang terus disarungkan di tangannya kepada wakil media yang menunggu untuk menemu bual jaguh tinju itu di lobi bangunan tersebut.

Pacquiao yang juga dikenali sebagai Pacman bakal berentap dengan juara welterweight Persatuan Tinju Dunia (WBA) dari Argentina, Lucas Matthysse dalam pertarungan yang dianggap sebagai Fight of the Champions di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur Ahad ini.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuan dengan perdana menteri, jaguh tinju itu berkata, beliau mengagumi Mahathir sebagai lelaki budiman dan pemimpin yang baik.

“Kunjungan hormat ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau (Mahathir) atas sokongan kerajaan Malaysia terhadap acara (tinju) ini pada Ahad dan untuk mempunyai hubungan yang baik dengan perdana menteri,” katanya.

Pacquiao berkata, beliau juga telah menghantar kad undangan kepada Mahathir untuk menyaksikan pertarungan itu bersama-sama Presiden Filipina Rodrigo Duterte yang dijangka datang ke Malaysia.

Menurutnya, Mahathir menyatakan beliau akan cuba sebaik mungkin memenuhi undangan itu.

“Saya sudah bersedia untuk pertarungan ini dan ingin mengajak rakyat Malaysia untuk menyaksikannya pada Ahad ini. Pertarungan ini pastinya hebat dan bakal dihadiri ribuan peminat tinju. Sudah tentu ia satu penghormatan dan keistimewaan untuk bertarung di sini, di Malaysia. Terima kasih,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×