Kemoterapi merupakan salah satu prosedur rawatan yang paling asas untuk merawat pesakit kanser. Ia menggunakan ubat-ubatan khusus seperti 5-fluorouracil, Bleomycin, Busulfan, Carboplatin dan lain-lain untuk menghancurkan sel-sel kanser yang menyerang tubuh. Ubat tersebut berfungsi dalam memperlahan atau menghentikan pertumbuhan kanser. Bagaimanapun pesakit kanser perlu mempertimbangkan dengan cermat sebelum mereka bersetuju untuk menjalani kemoterapi. Selain bertindak terhadap sel-sel ganas yang menyebabkan kanser, ubat-ubatan tersebut juga boleh membahayakan sel-sel sihat dalam tubuh…










