PEMIMPIN boleh bersilih-ganti tetapi UMNO tidak boleh ditukar ganti. Kalau ada sesiapa yang menyatakan ada parti lain yang boleh menggantikan UMNO membela nasib orang Melayu, itu adalah kecelaruan pemikiran dan jangan kita percaya, terpengaruh dan terpedaya.
Kalau kita tidak suka seseorang pemimpin, boleh ditukar. UMNO adalah tiang seri Melayu yang tidak boleh ditukar ganti.
Namun, apabila orang Melayu sudah jadi ‘hamba’ di tanah air sendiri, apakah boleh ditafsirkan maksud di atas?
- Orang Melayu Malaysia akan menjadi Melayu Singapura tidak boleh bercerita ‘lebih’ pasal agama, bangsa, bahasa dan budayanya. Hidup semata-mata menunggu saat kematian.
- Orang Melayu akan hilang hak keistimewaannya. Untuk berjaya dan maju, perlu bersaing dengan kemampuan diri sendiri. Tidak akan dapat sebarang bantuan dan subsidi, hidup dengan pendekatan ‘pandai-pandai sendiri’.
- Kuasa raja-raja Melayu tidak mustahil dihapus atau dibataskan. Segala keputusan adalah atas bidang kuasa Perdana Menteri. Perlu diperingatkan, perjanjian penubuhan negara Malaysia tidak menetapkan bahawa Perdana Menteri semestinya orang Melayu/Islam, sebagaimana Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.
- Di bandar-bandar besar, orang Melayu hanyalah penumpang sementara kerana tidak mampu membeli rumah atau premis kerana harga sengaja ‘dilonjakkan’ dengan tujuan supaya orang Melayu sentiasa menyewa atau tinggal jauh dari bandar. Apabila sudah pencen, balik kampung.
- Peluang cerdik pandai Melayu untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan kemungkinan dibataskan. Pemimpin tertinggi adalah kroni. Pemimpin Melayu sekadar jadi ‘boneka.
- Paling dibimbangi Islam dan bahasa Melayu tidak menjadi ‘teras’ pemerintahan negara. Peruntukan untuk mengembangkan syiar Islam kemungkinan diminimumkan. Masjid dan gereja tidak jauh berbeza. Istilah bumiputera tidak diguna pakai lagi.
CUCU TOK WOH









