Nur Jazlan komited bantu kembalikan sokongan rakyat - Utusan Malaysia

Nur Jazlan komited bantu kembalikan sokongan rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 15 Julai – Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed komited untuk bersama-sama keluarga besar UMNO bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti itu.

Beliau yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor yang baharu berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti atas kepercayaan yang diberikan kepadanya.

“Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada kepimpinan UMNO negeri baharu yang dipimpin Datuk Ir. Hasni Mohammad selain memastikan kerjasama dengan UMNO Pusat terus terjalin dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Nur Jazlan juga yakin dapat bekerjasama dengan baik bersama-sama Hasni dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Samsolbari Jamali memandangkan mereka pernah dalam pergerakan Pemuda pada awal 1990-an.

Beliau turut mengakui tanggungjawab itu bukan satu tugas mudah, namun percaya dengan kerjasama erat serta kepercayaan yang diberikan, segala perancangan dapat dijayakan.

“Kita akan menggembleng tenaga untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO sejajar usaha bagi memastikan rakyat akan memberi kembali kuasa di negeri ini kepada UMNO,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN