Noh ajak UMNO Selangor beri sokongan kepada Ismail Sabri - Utusan Malaysia

Noh ajak UMNO Selangor beri sokongan kepada Ismail Sabri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 15 Julai – Seluruh kepimpinan dan ahli UMNO Selangor diseru supaya memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri baharu.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan negeri, Tan Sri Noh Omar berkata, beliau sendiri akan membantu dan memberi sepenuh sokongan kepada Naib Presiden itu untuk menjayakan agenda kebangkitan parti khususnya di Selangor.

“Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Datuk Seri Naib Presiden bagi sama-sama memastikan agenda kebangkitan parti yang digagaskan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dapat dilaksanakan di Selangor.

“Saya menyeru kepada semua ahli UMNO Selangor agar memberi sokongan padu kepada nakhoda baharu ini dan marilah kita kembali merapatkan barisan, memastikan perjuangan bangsa ini akan terus dimartabatkan,” katanya.

Semalam Ahmad Zahid mengumumkan barisan kepimpinan UMNO di pusat dan negeri dengan Ismail Sabri yang memenangi Naib Presiden dalam pemilihan parti baru-baru ini, diberikan tugas mengepalai UMNO Selangor yang dimalukan teruk oleh Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN