NIOSH-media sedia jalin kerjasama erat - Utusan Malaysia

NIOSH-media sedia jalin kerjasama erat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 18 Julai – Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH) bersedia menjalinkan kerjasama lebih erat dengan organisasi media di negara ini bagi meningkatkan kesedaran majikan dan pengamal media mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, kerjasama tersebut termasuk memberikan latihan dan seminar mengenai amalan KPP khususnya bagi pengamal media yang bertugas di lokasi yang berisiko tinggi.

“Dalam kebanyakan kes, wartawan dan jurugambar berkemungkinan tidak sedar tentang bahaya yang bakal dihadapi ketika bertugas di tempat kejadian seperti kebakaran, banjir, letupan kimia dan tanah runtuh.

“Justeru, antara latihan yang boleh diadakan adalah asas pertolongan cemas, penilaian risiko, teknik kemahiran hidup, pakaian perlindungan diri serta informasi mengenai kawasan di mana mereka akan bertugas,” katanya dalam program Occupational Safety and Health (OSH) for Media, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pengurus Kanan (Bahagian Latihan, Pendidikan dan Pejabat Wilayah) NIOSH Wilayah, Saupi Nazri Mamat.

Lam Thye berkata, berdasarkan maklum balas yang diperoleh pihaknya, amalan KKP yang baik dalam kalangan warga media masih berada pada tahap minimum dan banyak yang perlu dilakukan bagi meningkatkan ke­sedaran tersebut.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan apabila pihak majikan menganggap aspek KKP ini sebagai isu remeh-temeh dan tidak bersungguh-sungguh untuk menjadikannya sebagai amalan di organisasi masing-masing.

Contohnya, insiden tragis yang melibatkan jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor yang meninggal dunia semasa bertugas membuat liputan di Somalia pada tahun 2011 menunjukkan kepentingan KKP dalam kalangan petugas media.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN