KUALA LUMPUR 6 Julai – Kementerian Pertahanan akan menilai semula peruntukan kepada Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) dalam memastikan kebajikan institusi itu selain berupaya menawarkan latihan persediaan kepada pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menterinya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menyedari berlaku kekurangan dalam peruntukan kepada institusi berkenaan berikutan keadaan ekonomi yang kurang mengizinkan. “Kita mengakui berlaku kekurangan peruntukan buat masa ini, namun saya akan cuba lihat dan mencari jalan…










