Nik Nazmi tidak pertahan jawatan Ketua AMK - Utusan Malaysia

Nik Nazmi tidak pertahan jawatan Ketua AMK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 Julai – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dalam pemilihan PKR bulan depan.

Beliau berkata, mengikut Perlembagaan PKR, usianya yang memasuki 36 tahun ketika ini tidak mengizinkannya untuk mempertahankan jawatan tersebut.

“Saya terlalu tua, tidak sama seperti parti lain yang membenarkannya. Jadi apabila anda berusia lebih 35 tahun, anda tidak boleh bertanding dalam sayap pemuda.

“Jadi, saya akan melihat pilihan-pilihan yang saya ada. Malah, saya juga telah berbincang tindakan selanjutnya dengan beberapa kawan dalam dan luar parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN