Neymar tolak spekulasi ke Real - Utusan Malaysia

Neymar tolak spekulasi ke Real

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Neymar menepis laporan mengaitkannya akan meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) memandangkan penyerang Brazil itu mahu meneruskan komitmennya bersama juara bertahan Ligue 1 tersebut.

Real Madrid sedang mengintai pengganti Cristiano Ronaldo yang menyertai Juventus dan Neymar dilihat sebagai calon terbaik untuk mengisi kekosongan tersebut.

Kelab gergasi Sepanyol itu tidak menolak kemungkinan untuk cuba mendekati pemain berusia 26 tahun tersebut ekoran masa depan bekas bintang Barcelona itu di Perancis masih menimbulkan tanda tanya.

Ini kerana, Neymar sebelum ini dilaporkan mengakui menyesal memilih PSG dan ingin kembali beraksi di bumi Sepanyol.

Bagaimanapun, Neymar berkata, dia tidak bercadang untuk me­ninggalkan Ligue 1 selepas berakhir kempen Piala Dunia 2018 di Rusia yang menyaksikan Brazil tewas kepada Belgium pada aksi suku akhir.

“Saya akan kekal. Saya masih memiliki kontrak bersama PSG dan saya memilih untuk berada di sini kerana cabaran, perkara baharu dan cita-cita lebih tinggi.

“Saya tidak akan mengubah fikiran saya. Saya berharap kami akan menikmati musim terbaik tahun ini. Media akan terus mencipta khabar angin tetapi semua tahu bahawa saya cukup mengambil berat tentang PSG,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN