Neymar dikecam legenda Brazil - Utusan Malaysia

Neymar dikecam legenda Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Bekas pemain kebangsaan Brazil, Cafu kecewa dengan penampilan Neymar pada kempen Piala Dunia 2018 di Rusia selepas dia gagal bermain cemerlang sekali gus menyaksikan pasukan negara Amerika Selatan itu tidak layak berentap di pentas final selepas disingkirkan Belgium pada peringkat suku akhir, 7 Julai lalu.

Neymar sebelum ini menjadi salah seorang pemain sandaran skuad bimbingan Tite untuk melengkapkan kemenangan keenam Brazil, namun sebaliknya berlaku apabila lakonan kontroversinya lebih menyerlah berbanding kualiti permainan yang dipamerkan sepanjang kempen Piala Dunia di Rusia.

“Kami mengharapkan Neymar menyumbangkan lagi satu kejayaan buat pasukan kerana dia merupakan seorang pemain hebat ketika berada di atas padang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kritikan ini adalah satu perkara biasa berdasarkan apa yang telah berlaku terhadapnya sepanjang kempen di Rusia.

“Persembahannya tidak seperti apa yang diharapkan kerana sebagai seorang pemain hebat, ia adalah platform terbaik untuknya menunjukkan kemampuan sebenar pada Piala Dunia.

“Tidak dinafikan, penyerang Paris Saint-German (PSG) tersebut sememangnya seorang pemain berbakat, namun disebabkan hanya 30 minit semua tanggapan peminat terhadapnya berubah,” kata Cafu.

Kini, kempen Piala Dunia buat Neymar sudah berakhir dan dia lebih menumpukan hal lain terutamanya potensi pemain berusia 26 tahun tersebut untuk berhijrah ke Real Madrid.

Spekulasi tersebut tercetus beberapa hari kebelakangan ini selepas dia dikatakan bakal menggantikan tempat Cristiano Ronaldo yang sudah berhijrah ke Juventus awal minggu ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×