LUMUT 15 Julai – Enam individu termasuk seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh nelayan apabila bot dinaiki mereka yang dipercayai digunakan untuk memancing karam di Pulau Mentago, kira-kira setengah batu nautika dari Pulau Pangkor hari ini.
![]() |
|
ANGGOTA bomba bersama seorang kanak-kanak (tengah) yang diselamatkan oleh nelayan dalam kejadian bot karam di Pulau Mentago kira-kira setengah batu nautika dari Pulau Pangkor hari ini. – UTUSAN/Bomba
|
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9.20 malam.
Menurutnya, mangsa terdiri daripada lima lelaki dewasa berusia 28 dan 35 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun berjaya diselamatkan.
“Kesemua mangsa selamat tanpa sebarang kecederaan dan dihantar ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk tindakan selanjutnya.
“Pasukan bomba yang tiba di lokasi melakukan pemantauan dan bersedia memberikan bantuan sekiranya diperlukan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE








