Negeri Sembilan tewas di gelanggang sendiri - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan tewas di gelanggang sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 14 Julai – PKNP FC menewaskan Negeri Sembilan dengan jaringan 2-1 dalam saingan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah gagal memanfaatkan kelebihan di tempat sendiri untuk mencetuskan kebangkitan selepas tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Selepas menamatkan aksi separuh masa pertama tanpa sebarang gol, PKNP mendahului pada minit ke-64, hasil kelincahan Mohamad Hafiz Ramdan yang bijak memperdayakan penjaga gol tuan rumah, Muhamad Ilham Razali.

Kedudukan itu tidak bertahan lama dan hasil daripada gerakan kemas barisan serangan, Nicolas Velez berjaya menjaringkan gol penyamaan Negeri Sembilan pada minit ke-78.

PKNP berjaya meraih tiga mata penuh apabila Sangwoo Kim meletakkan skuad bimbingan Abu Bakar Fadzim itu di depan menerusi sepakan deras dari luar kotak penalti pada minit ke-83. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN