Nawaz Sharif dipenjara 10 tahun - Utusan Malaysia

Nawaz Sharif dipenjara 10 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 6 Julai – Mahkamah Pakistan menjatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun terhadap bekas Perdana Menteri, Nawaz Sharif berhubung pembelian hartanah mewah di London.

Nawaz, tidak hadir ketika keputusan berkenaan dibacakan kerana berada di London berikutan isterinya yang menjalani rawatan kanser di sana.

Menurut peguam, Sardar Muzaffar Abbasi, anak perempuan Nawaz iaitu Maryam yang dikatakan bakal menggantikannya dalam arena politik, turut dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Sardar Muzaffar, mahkamah juga memerintahkan Nawaz membayar denda sebanyak AS$10.6 juta (RM42.8 juta) serta menyita rumah tersebut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN