Nasihat kepada semua Ahli Parlimen - Utusan Malaysia

Nasihat kepada semua Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

PERSIDANGAN Dewan Rakyat akan bersidang selama dua minggu. Diharapkan Ahli-ahli Parlimen yang dipilih difahamkan hampir 90 peratus adalah muka-muka baharu dan bersemangat serta terdiri kebanyakannya dalam kalangan orang muda.

Rakyat sentiasa prihatin akan perkembangan semasa yang mana melibatkan kehidupan rakyat itu sendiri. Oleh yang demikian diharapkan semua Ahli Parlimen baik daripada parti kerajaan atau pembangkang hendaklah matang bersidang dengan membawa usul yang mampu memberikan manfaat kepada rakyat.

Janganlah masing-masing hendak tunjuk handal berbahas atau berbicara yang kadangkala hanya cuba menegakkan kewibaan atau memenangkan partinya sendiri.

Kita tidak mahu lagi melihat pertikaman lidah yang kadangkala melibatkan perkara remeh-temeh atau yang boleh dianggap membuang masa sahaja.

Parlimen adalah sebuah Dewan yang mulia dan berbicaralah dengan penuh hikmah.

SYED ABDULLAH OSMAN

Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN