Nasihat kepada jemaah haji - Utusan Malaysia

Nasihat kepada jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH 14 Julai – Jemaah haji Malaysia yang sampai di Madinah hari ini dinasihatkan supaya membiasakan diri dengan cuaca panas di sini terlebih dahulu dan tidak tergesa-gesa untuk melakukan apa-apa aktiviti.

NURINANUWAR SHAMSUDDIN
NURINANUWAR SHAMSUDDIN

Timbalan Ketua Rombongan Haji (Kebajikan), Nurinanuwar Shamsuddin juga meminta mereka menjaga kesihatan supaya ibadah haji tidak terganggu.

“Bila sampai berehat dahulu, segarkan diri dan jangan dedahkan diri kepada cuaca panas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jangan ambil makanan yang terdedah dan jaga kesihatan,” katanya di sini.

Kumpula pertama 438 jemaah haji Malaysia akan tiba sebentar lagi menerusi pesawat A380.

Pesawat mereka akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad bin Abdulaziz Madinah.

Kumpulan berkenaan akan menginap di Hotel Movenpick yang terletak dalam Zon 2 iaitu kira-kira 200 meter dari dataran Masjid Nabawi.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×