Nanas Madu Kaca bakal jadi tarikan baharu - Utusan Malaysia

Nanas Madu Kaca bakal jadi tarikan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 17 Julai – Nanas Madu Kaca bakal menjadi tarikan baharu di negara ini sekiranya buah tersebut berjaya didaftarkan sebagai Varieti Nanas Berdaftar Kebangsaan.

Pengara Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Kelantan Mohd. Zamani Ab. Ghani berkata, kerja-kerja pencirian buah tersebut sedang giat berjalan bagi mendapat pengesahan berhubung perkara itu.

Menurutnya, bagi melancarkan lagi kerja-kerja perincian itu LPNM negeri ini telah bekerjasama Jabatan Pertanian Malaysia bagi mengesahkan perkara tersebut.

“Sebelum ini, varieti itu dikenali sebagai nanas Sarawak namun selepas pemerhatian awal mendapati tanaman itu berbeza dari segi morfologi pokok dan buah terutama isinya yang mempunyai bentuk seperti kaca.

“Oleh itu, LPNM berhasrat mendaftar nanas Madu Kaca sebagai Varieti Nanas Berdaftar Kebangsaan,” katanya kepada pemberita

selepas meninjau Program Pencirian Nanas Madu Kaca di Kampung Gual Soksek, di sini, hari ini.

Turut, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman Jabatan Pertanian Malaysia Ahmad Yusuf Mohd Kamil.

Mohd. Zamani memberitahu, sejak Januari lalu Jabatan Pertanian Malaysia dari Putrajaya telah melakukan program percirian untuk menentukan varieti nanas itu.

Katanya, ketika ini terdapat 202 hektar tanaman nanas di negeri ini membabitkan 200 pekebun yang memperoleh bantuan LPNM. -UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN