KUALA LUMPUR 17 Julai – Kerajaan tidak akan menyekat sebarang percakapan Ahli Parlimen pada sesi perbahasan ketika persidangan di Dewan Rakyat. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengakui sukar untuk mengawal wakil-wakil rakyat daripada bercakap di Parlimen. “Esok kita tengoklah tetapi Ahli Parlimen susah sedikit mahu kawal. “Biasanya dia nak cakap dan kita punya dasar ialah tidak ada sekatan. Nak cakap apa, cakaplah,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari…










