Najib: Empat pertuduhan dibicarakan mulai 18 Februari tahun depan - Utusan Malaysia

Najib: Empat pertuduhan dibicarakan mulai 18 Februari tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Julai – Perbicaraan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak  atas tiga tuduhan  pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd dijadualkan dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini selama 19 hari mulai 18 Februari tahun depan.

Hakim Datuk Mohd. Sofian Abd. Razak menetapkan perbicaraan dijangka bermula pada 18 hingga 28 Februari diikuti pada 4 hingga 8 Mac dan 11 hingga 15 Mac 2019.

Mahkamah juga membenarkan Najib membayar ikat jamin  RM500,000 hari ini manakala baki  RM500,000 lagi  dibayar pada Isnin ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN