Najib bantu kempen calon BN PRK Sungai Kandis - Utusan Malaysia

Najib bantu kempen calon BN PRK Sungai Kandis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak hari ini turun ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di sini bagi membantu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam berkempen untuk Pilihan Raya Kecil (PRK).

Beliau hadir di Kampung Sungai Kandis, kira-kira pukul 8.30 pagi ini diiringi anaknya Nooriyana Najwa dan menantunya, Daniyar Kessikbayev.

Najib meluangkan masa berbual mesra dengan penduduk di kampung berkenaan selain bertanyakan khabar mengenai kehidupan masing-masing.

Terdahulu, Najib menerima kejutan sambutan hari lahir daripada UMNO Bahagian Kapar.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Lokman menentang calon Parti Keadilan Rakyat, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K. Murthy.

Hari pengundian pada 4 Ogos ini.

Seramai 51,230 pemilih layak mengundi bagi PRK DUN Sungai Kandis yang ketika ini kosong selepas kematian penyandangnya, Mat Shuhaimi Shafiei akibat kanser limfoma tahap empat, 2 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN