KUALA LUMPUR 31 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menafikan wujudnya beberapa kem dalam PKR menjelang pemilihan parti itu pada bulan depan.
![]() |
|
AZMIN ALI
|
Mohamed Azmin berkata, dakwaan sebegitu adalah tanggapan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Tidak ada kem. Itu cuma tanggapan mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Semua anggota parti adalah keluarga besar PKR yang mempunyai cita-cita dan hasrat untuk memperkukuhkan parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini. – UTUSAN ONLINE











