Myanmar umum anggota suruhanjaya bebas krisis Rakhine - Utusan Malaysia

Myanmar umum anggota suruhanjaya bebas krisis Rakhine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAYPYIDAW 27 Julai – Myanmar akan mengumumkan anggota suruhanjaya bebas yang akan menyiasat berkaitan dakwaan pelanggaran hak asasi manusia di negeri Rakhine selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Ahli jawatankuasa eksekutif Parti Solidariti dan Pembangunan Bersatu (USDP), U Maung Myint berkata, kerajaan mungkin akan mengumumkan mengenai suruhanjaya berkenaan dalam tempoh beberapa hari lagi.

“Ini merupakan masa yang terbaik. Saya fikir mereka mungkin akan mengeluarkan kenyataan, tetapi saya tidak mempunyai butiran terperinci,” katanya.

Pada 31 Mei lalu, Myanmar mengumumkan rancangannya untuk menubuhkan suruhanjaya bebas bagi menyiasat pelanggaran hak asasi manusia oleh tentera Myanmar dan Tentera Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA) di Rakhine tahun lalu.

Suruhanjaya itu dianggotai oleh tiga ahli dan dibantu pakar undang-undang tempatan serta antarabangsa.

Bagaimanapun, penubuhan suruhanjaya terbabit ditentang oleh tentera dan sesetengah ahli Parlimen yang mendakwa pembabitan orang asing dalam badan berkenaan akan mencampuri hal ehwal dalaman negara. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN