YANGON – Myanmar akan menjadi tuan rumah mesyuarat Menteri-Menteri Pendidikan ASEAN ke-10 (ASED) dan Rakan Dialog serta mesyuarat berkaitan pada Oktober depan, menurut agensi berita Myanmar. Naib Presiden U Myint Swe merangkap penaung Jawatankuasa Pemimpin penganjuran ASED, memaklumkan perkara itu pada mesyuarat persediaan di Nay Pyi Taw pada Isnin, lapor agensi berita Xinhua. Beliau berkata, acara itu antara lain bertujuan untuk mempromosikan kerjasama dengan negara-negara Asia Tenggara dan negara rakan…










