Ahli politik Singapura sifat Anwar PM terbaik  - Utusan Malaysia

Ahli politik Singapura sifat Anwar PM terbaik 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia susulan peningkatan ringgit daripada RM3.18 kepada RM3.15 bagi satu dolar Singapura dalam tempoh dua minggu.

Ahli politik Singapura yang Pengerusi People’s Power Party (PPP), Derrick Sim berkata, peningkatan ringgit dalam dua minggu dan lonjakan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia sebanyak 47 peratus menunjukkan ekonomi yang stabil. 

“PM Anwar, pada pendapat saya, anda benar-benar antara Perdana Menteri terbaik yang pernah dimiliki Malaysia dalam tempoh yang sangat lama.

“Hanya dua minggu lalu, SGD ke Ringgit ialah 3.18, sekarang sudah 3.15. Kalau terlalu kuat, nanti orang Singapura datang, hanya pesan roti canai kosong dan balik.

“Ramai antara kami masih sangat berjimat. Bertenanglah, PM. Perlahan-lahan dan konsisten menang perlumbaan.

“Saya hanya ada satu permintaan kecil, sangat kecil..mungkin boleh ‘chill’ (lepak) sikit. Tidak perlu kerja terlalu keras lah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, dia tidak terkejut sekiranya ringgit terus mengukuh berbanding dolar Singapura.

“Syarikat global besar secara senyap tetapi tegas sedang memindahkan rantaian bekalan mereka secara besar-besaran keluar dari China, dan Malaysia muncul sebagai titik keseimbangan semula jadi

“Jadi jangan terkejut jika ringgit terus mengukuh berpotensi bergerak ke paras 3.0X, atau bahkan menembusi ambang psikologi di bawah 3 dalam tempoh 18 bulan akan datang.

“Sekadar peringatan, seawal September tahun lalu, kadar pertukaran masih berlegar sekitar RM3.3 bagi SGD1,” katanya.

“Kita bercakap tentang berbilion-bilion yang mengalir masuk ke negara ini. Dekad ini sangat bergantung kepada Malaysia untuk tidak mensia-siakannya,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN