Musa Aman masih di London - Utusan Malaysia

Musa Aman masih di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman yang kini dalam senarai orang dikehendaki Bukit Aman nampaknya masih menyembunyikan diri dan menjalani rawatan di London, kata sekutunya, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan. 

Ahli Parlimen Keningau itu berkata, beliau bercakap dengan Musa baru-baru ini dan memintanya supaya pulang ke tanah air untuk menyelesaikan isu yang membabitkan dirinya.

“Terkini, saya tahu beliau berada di London. Saya bercakap dengan beliau sekali dalam seminggu yang lepas. Saya tanya tentang keadaannya. Beliau jawab beliau ok dan saya memaklumkan kepadanya perkembangan terbaharu di Sabah. 

“Saya memberitahu beliau supaya pulang segera agar masyarakat tidak membuat spekulasi dan beliau menjawab: “Ya. Saya akan pulang,” katanya kepada Bernama di lobi Parlimen selepas Istiadat Perasmian Parlimen ke-14 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di sini hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×