Mursyidul Am Pas dapat gelaran Datuk - Utusan Malaysia

Mursyidul Am Pas dapat gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan menganugerahkan darjah kebesaran Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail (DPSJ) yang membawa gelaran Datuk kepada Mursyidul Am Pas, Hashim Jasin.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahkan darjah kebesaran itu sempena keputeraan baginda ke-75 yang disambut di Istana Arau di sini hari ini.

Hashim, 79, yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang ketika ditemui pemberita menjunjung kasih Tuanku Syed Sirajuddin kerana pemberian darjah kebesaran itu.

Turut berkenan berangkat hadir pada majlis itu ialah Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man turut hadir. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN