#muhibah: Pelajar hanya perlu dorongan, galakan guru - Utusan Malaysia

#muhibah: Pelajar hanya perlu dorongan, galakan guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 6 Julai – Para pelajar sekolah menengah di seluruh ibu negara mempunyai kemampuan untuk menyertai Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online dan guru-guru perlu memberi dorongan dan galakan kepada mereka untuk berbuat demikian.

KUALA LUMPUR 4 JULAI 2018. Penolong Pengarah Pembestarian Bahagian
KUALA LUMPUR 4 JULAI 2018. Penolong Pengarah Pembestarian Bahagian

Penolong Pengarah (Pembestarian) Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (BTPNKL), Mustapa Alba Umar berkata, pertandingan itu juga lengkap dengan elemen berkolaboratif, berkomunikasi, pemikiran kritis dan kreatif yang selari Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21).

“Ia adalah usaha yang baik kerana menjurus kepada perkembangan Revolusi Industri 4.0 dan para guru juga bersedia untuk menggalakkan penyertaan pelajar. Program pertandingan ini juga adalah bentuk pendidikan hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Guru yang hadir dalam Taklimat Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online di BTPNKL tempoh hari juga perlu sebar luaskan kepada guru lain dan bukan saja pelajar di sekolah,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN