KUALA LUMPUR 18 Julai – Pertandingan Video Pendek #muhibah Utusan Malaysia-Utusan Online anjuran Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dilihat mampu memberi pendedahan sebenar kepada pelajar-pelajar Victoria Institution (VI) dalam penghasilan video berkualiti. Guru Penyelaras Program, Siti Zaliha Mat Hassan berkata, pendedahan itu membolehkan pelajar mempelajari teknik yang betul dalam menghasilkan video selain memberi nilai tambah dalam pembelajaran mereka. “Pertandingan ini merupakan usaha yang baik dan wajar dicontohi pihak lain…










