MPSJ siap sedia hadapi pilihan raya PBT jika dilaksana - Utusan Malaysia

MPSJ siap sedia hadapi pilihan raya PBT jika dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) sekiranya ia dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Yang Dipertuanya, Noraini Roslan berkata, sejajar dengan pentadbiran awam negeri untuk mematuhi arahan kerajaan pusat, perkara itu wajar dilaksanakan kerana ia ada dalam Akta Kerajaan Tempatan 1960 suatu masa dahulu, namun ditangguhkan berikutan pemansuhan akta tersebut.

“Kami akan menyiapkan diri dari sekarang. Sekiranya kerajaan pusat memikirkan perkara itu baik untuk diteruskan, kami akan melaksanakannya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah dan Menandatangani Watikah Pelantikan Ahli Majlis MPSJ penggal 2018-2020 di sini, hari ini.

Noraini berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan Pilihan Raya PBT dalam tempoh tiga tahun.

Pada 26 Mei lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, banyak laporan dan isu perlu dikaji untuk mencari mekanisme terbaik bagi memastikan pilihan raya berkenaan dapat dijalankan. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN